Alicia Vikander

Alicia Vikander

Si Kecil, pelakon Swedish ini lahir 3 Oktober 1988. Dilahir dan dibesarkan di Gothenburg, mula berlakon di pentas The Goteborg Opera sejak kecil lagi. Pernah bersekolah di Sekolah Sultan Ballet Swedish di Stockholm dan melanjutkan pengajian tarian ini hingga ke Sekolah Ballet Amerika.

Pertama kali muncul di kaca tv adalah sebagai Josefin Björn-Tegebrandt dalam drama Andra Avenyn pada tahun 2008. Ini adalah tv series level soap opera swedish, bertahan selama 3 season.

Anjakan dari itu, bakat Alicia mula menyerlah. Antara filem yang beliau bintangi adalah seperti Ex Machina, The Man form U.N.C.L.E, The Danish Girl, Jason Bourne dan banyak lagi.


Pergi IMDB

Ketika blog ini mula ditulis, Alicia bakal membintangi filem Tomb Rider sebagai Lara Croft yang bakal menemui pawagam pada tahun 2018. Filem ini dahulunya diterajui oleh Angelina Jolie, pada tahun 2001. Maka, untuk mengatakan yang Alica Vikander sekarang sudah satu level dengan Angelina Jolie, kata pepatah, “Beauty is in the eye of the beholder”. Sesetengah pendapat umum pula mengatakan, “It’s unbelievable”

Terkini, pada tahun 2020 ini, Alicia bakal membintangi 3 buah filem yang bertajuk “The Glorias”, “Green Knight” dan “Born To be Murdered”. Dikatakan juga pada tahun 2021, Alicia bakal muncul kembali sebagai Lara Croft dalam “Tomb Rider 2”.

Alicia Vikander, tidak menganut apa-apa agama dan memilih untuk tidak membuat sebarang komen terhadap perkembangan politik Sweden, sekarang sedang hangat bercinta dengan Magneto X – Men.

Ditanya sama ada beliau (Alicia) sudah berkahwin atau belum, jawabnya dengan berseloroh begini,

“Dia, ( Michael Fassbender si Magneto ) memang mempunyai tarikan magnet yang kuat. Namun saya sedang menunggu pengumpul Bitcoin yang tegar, datang melamar saya…”

Tentang sebutan nama yang betul

Nampak macam senang nak sebut nama kaiza ni tapi agak susah sebenarnya. Ada pronunciation yang tertentu dengan mode lebih manja. Untuk sebutan yang betul dan gerak keri Alicia Vikander secara fizik, boleh enjoy video dibawah ini.

Untuk membaca lanjut tentang Alicia Vikander, boleh wiki disini.