Hello masa depan

Semoga kita, KAYA.

Artha (Sanskrit: अर्थ) adalah satu daripada empat matlamat kehidupan manusia di dalam falsafah hinduism asli. Perkataan artha beerti “meaning, sense, goal, purpose or essence” bergantung pada konteks.

Manakala arthakrypto.com adalah pengkajian secara dalam, paling jujur dan mencari kebenaran untuk menjadi ultra-kaya, melalui segala potensi kewangan yang ada. Di sini dihuraikan segala isi tentang hal berkaitan bagaimana untuk mencapai Financial Freedom. Ini adalah kajian terperinci saya selama ini melalui pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan saya, dan pembacaan di internet. Kajian ini akan berkembang biak dari masa ke semasa.

Tujuan Menulis

Nak jadi penulis fiksyen macam takde feel sebab hidup saya tak berapa nak fiksyen. Bila fikir apa yang ada connection, salah satunya adalah financial. Rasa macam dah tiba nak kena share apa yang saya tahu bukan sebab nak suruh orang melayu kaya, tapi sebab esok satu hari nanti kalau saya tak sempat ajar anak-anak saya, at least depa ada tempat nak rujuk.

Short Term

Saya sedang menulis semula dan menyusun content dari perspektif apa yang nak kena buat mula-mula dalam membentuk asas Financial Freedom agar ia stabil dan berjalan secara auto.

Tentang Penulis

Saya orang biasa sahaja tidak ada apa yang istimewa pun. In fact, nama saya pun tak ada dalam blog ni. Apa yang kita ada sebenarnya bukan hak kita. Betapa benarnya ini, siapa yang selalu guna nama kita? Orang lain…

Yang hebat itu Allah ta’ala dan Allah semata yang Maha Kaya, Maha Empunya Segala Sesuatu,

 “that it is He who gives wealth and possessions;” The Star, 53:48

Kepada dia, saya meminta pertolongan. 

“People, it is you who stand in need of God— God needs nothing and is worthy of all praise—” The Creator, 35:15

Penafian, Terma dan Syarat

Saya tak bertanggungjawab kalau ilmu yang ada dalam blog ni buat investment anda rugi. Saya tak pakar dalam kewangan, sekarang masih belajar. Tapi level tak pakar tu bukanlah bangang. Bolehlah sikit-sikit sebab sebulan bayar kereta ngan motor je ada dekat 7k. Belum rumah lagi. Rasa sakit perut tu kadang-kadang benar.

Akhir kata,

Semoga analysis bermanfaat, dan take note, investment cryptocurrency dan stock market adalah kategori high risk. Anda boleh hilang duit sekelip mata. Kalau sanggup, teruskan membaca.

Terima Kasih